Monday, December 27, 2010

Sunday, December 5, 2010

BASIC FOTOGRAPHY CLASS | NIKON CENTRE | 5 DIS 2010

Salam. Sempena cuti sekolah sebulan setengah ini, tiada apa-apa yang hendak dibuat , aku banyak mengabiskan masa untuk ilmu fotografi ini. Untuk memantapkan lagi dan menambah ilmu fotografi, hari ini aku mengikuti sebuah Kelas Asas Fotografi  yang dianjur oleh NIKON di Alamanda, Putrajaya. Walaupun asas tetapi dia amatlah berguna. Tenaga pengajarnya ialah En.Mamfuz dari NIKON MALAYSIA. (memang OTAI la dalam fotografi ini.)
Antara subjek-subjek yang dibincangkan ialah EXPOSURE, MODES, IMAGE COMPOSITION, IMAGE ELEMENTS dan WHAT MAKES GOOD PHOTO?...
Antara gambar-gambar yang sempat diambil semasa kelas tersebut..


*Gambar-gambar semuanya agak underexposure sebab di dalam kelas.

Saturday, December 4, 2010

JOM 10 | WEDDING PORTRAIT | NOORIZAM SABRAN | 4 DIS 2010

Assalamualaikum, sudah sekian lama menunggu, baru sekarang aku boleh join program JOM yang dianjurkan oleh seorang yang lebih pakar dalam fotografi ini iaitu saudara NOORIZAM SABRAN. Terima kasih atas perkongsian ilmu yang diberikan, banyak manfaat yang kita dapat dalam program tersebut. Antara gambar-gambar kenangan yang sempat diambil.




Gambar-gambar wedding portrait dalam program JOM ini boleh lihat di halaman WEDDING
laman web beliau http://noorizamsabran.com , terima kasih..

Tuesday, November 30, 2010

Tuesday, November 23, 2010

PENGALAMAN PERTAMA AMBIL GAMBAR STUDIO

Masih perlu banyak belajar lagi dari segi lighting, setting dan sebagainya,..Inilah hasil-hasilnya.

selebihnya sila lihat di PORTRAIT

Tuesday, November 16, 2010

KEHIDUPAN SEORANG PESAWAH...


photo & editing : nizamshamsudin
untuk tatapan bersama, sila lihat di ruang OTHERS

Monday, November 8, 2010

WEDDING | FIRDAUS+AIDA | LANGKAWI

Salam...gambar- gambar perkahwinan yang telah diedit dalam bentuk custom album .

photo&editing : nizamshamsudin
selebihnya sila lihat di ruang WEDDING

Wednesday, October 6, 2010

Light trail - SLOW shutter speed

Teknik - Slow shutter speed
: Choose a position on a suitable bridge over a busy road and tripod mount the camera. Then fire the shutter with  a speed of between one and 30 seconds depending on the length of streak you require.


1 Okt 2010, 9.30 p.m
Hasil dari saya ambil, percubaan demi percubaan. Masalahnya ialah kenderaan kurang lalu lalang di jalan tersebut, jadi perlu mengambil masa yang agak lama.
exif : 20 sec f13
selamat mencuba, tq.

Tuesday, September 21, 2010

OUTING - ClixL

20 september 2010.

TEMA : People - Colours of Cenang Beach

Tugasan yang diberikan oleh Mr Matt Henen ialah contrast, context dan candidness,..
Antara gambar yang diambil dalm tugasan tersebut..

contrast - perbezaan, contohnya ialah bergerak vs statik, hitam vs putih
contrast
context- perhubungan sesuatu objek dengan objek, manusia dengan manusia, manusia dengan objek dan sebagainya.
context 

candidness-gambar yang diambil secara un-posed and unplanned,
candid

Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang terlibat kerana berkongsi ilmu pada kali ini.
TIPS: boleh gabung semua elemen diatas untuk jadikan gambar lebih menarik..

Friday, September 17, 2010

Saturday, September 4, 2010

Street Candid- Jalan TAR

4 SEPTEMBER 2010 - Membeli baju raya...
Antara gambar yang sempat diambil semasa shopping raya..



Selebihnya sila lihat di ruang STREET  

Friday, September 3, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2010

Salam..
Tinggal beberapa hari lagi saja, masyarakat Islam akan menyambut Aidilfitri. Dengan itu aku sekeluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua kawan-kawan yang mengenali aku...terima kasih..

AIDILFITRI

Oleh Mohd. Shauki Abd. Majid
Kehadiran Aidilfitri atau Hari Raya Fitrah sesungguhnya menjanjikan suatu limpahan nikmat yang besar dan harus disyukuri oleh umat Islam. Aidilfitri yang bermaksud Hari Raya Fitrah, Hari Raya kesucian manusia. Disebut juga sebagai hari kembalinya kesucian kepada kita. Kembalinya fitrah kepada kita dan kita pun harus tampil sebagai manusia suci dan baik, sebaik-baiknya kepada sesama manusia.
Aidilfitri itu juga disebut sebagai suatu nikmat perundangan Ilahi. Suatu nikmat besar yang menjadi asas kepada ciri-ciri pembinaan kemanusiaan dan sifat bersatu padu. Malah ia merangkumi asas yang satu iaitu kemurnian rohani, kebenaran dan keadilan, ilmu dan kebijaksanaan serta kebahagiaan dunia dan akhirat.

Hari Raya Fitrah adalah hari kemerdekaan iaitu hari pertama selepas Ramadan di mana orang-orang beriman memperoleh kembali kebebasan diri dan kembali menikmati limpahan rezeki Ilahi selepas sebulan menyerahkan jiwa raga mereka kepada Allah. Ia adalah hari kegembiraan kerana dapat melaksanakan kewajipan dan berkeyakinan memperoleh pahala yang besar di sisi Allah.
Aidilfitri juga puncak kemenangan manusia dalam pertentangan antara akal dan nafsunya, kerana puasa adalah keupayaan manusia untuk menundukkan dorongan nafsu yang sentiasa cenderung kepada pelanggaran ajaran Islam.
Berhari raya juga bererti kembali kepada jati diri manusia sebagai hamba Allah, kepada fitrah kejadian manusia. Di alam azali lagi iaitu sebelum wujud sebagai manusia, kita telah mengakui keesaan Allah s.w.t. dan berjanji untuk mentaati perintahnya.


Sewajarnya juga kesucian lahir dan batin ini menjadi motivasi untuk membentuk kesedaran membantu golongan yang miskin atau tertindas. Dengan kesedaran yang demikian akan membawa kita menjadi manusia yang bertakwa dan mendapat kemuliaan di sisi-Nya.
Dalam kita merayakan Aidilfitri ini setidak-tidaknya ada tiga perkara yang mesti dilakukan iatu,
  • Pertama, bertakbir mengagungkan Allah atas segala petunjuk-Nya, sehingga kita tetap berada di jalan-Nya.
  • Kedua, bersyukur dengan membahagikan rezeki yang diperoleh dengan membayar zakat fitrah
  • Ketiga menahan marah dan saling maaf-memaafkan.

Tuesday, August 24, 2010

CahayaMata


19 Ogos 2010 - Aku bersama isteri pergi ke sebuah klinik di Persint 9, Putrajaya untuk membuat pemeriksaan pregnancy nya. Setelah sejam aku menunggu, inilah hasil...

Alhamdulillah, dah berdenyut pun 'DIA'...lepas ni jadi bapa/ayah la aku..hahahhaha..Di sini aku ingin berkongsi sedikit ilmu dengan sesiapa yang bakal menjadi bapa/ayah.
                                        Adab Menyambut Kelahiran Bayi

Disunatkan mengucapkan tahniah
Orang-orang Islam adalah digalakkan supaya bersegera mengucapkan tahniah kepada saudaranya atau sahabat-handainya yang baharu sahaja menerima cahaya mata. Amalan ini disuruh kerana menghibur saudaranya selain itu amalan ini dapat mengeratkan silaturrahim sesama Muslim.

Disunatkan azan dan Iqamah

Melakukan azan dan iqamah ini mempunyai hikmah tertentu, selain dari usaha untuk memohon perlindung daripada gangguan syaitan, azan juga merupakan laungan dan seruan kepada Allah, kepada agamaNya dan beribadah kepadaNya. Dengan itu jika lakukan seruan ini akan mendahului seruan syaitan. Azan juga adalah seruan kepada fitrah manusia yang asal sebelum digoda oleh syaitan yang ingin mengalih haluan kepada jalan jalan yang terkutuk dan dilaknati oleh Allah.

Melakukan Tahnik atau membelah mulut
Tahnik ini dilakukan dengan meletakkan sedikit isi tamar di atas jari telunjuk dan dimasukkan ke dalam mulut bayi serta dengan perlahan-perlahan digerakkan jari itu ke kanan dan kiri mulut bayi. Ini dilakukan sehingga isi buah tamar tadi menyentuh pada keseluruhan mulut bayi berkenaan dan tamar tersebut akan masuk ke dalam rongga tekaknya. Jika tidak ada tamar maka boleh digantikan dengan manisan lainnya seperti gula dan sebagainya. Adalah lebih afdhal kalau tamar itu dikuyah oleh orang
alim atau orang soleh untuk mendapatkan keberkatannya.
Mencukur rambut
Ini dilakukan sebaik-baiknya pada hari ketujuh kelahiranya, kemudian rambut itu ditimbang seberat emas atau perak dan disedekahkan pada fakir miskin, jika tidak mampu maka ditukarkan atas kadar wang atau sebagainya. Amalan bercukur ini mengandungi hikmah yang tertentu iaitu: dari sudut kesihatan, ia boleh menguatkan tenaga pertumbuhannya, menghilangkan selaput kulit kepala (iaitu sejenis cecair beku yang meliputi kulit kepala) dan juga dapat memberikan daya kekuatan dan ketajaman pada penglihatan mata, bau dan pendengaran. Dari sudut kemasyarakatan bercukur mengalakkan umatnya bersedekah disamping menunjukkan kesyukuran kepada Allah di atas kurniaan-Nya. Walaupun disunatkan bercukur bagi orang Islam tetapi dilarang daripada melakukan Qaza’ iatu mencukur sebahagian kepala kanak-kanak dan meninggalkan sebahagian yang lain. Larangan ini mempunyai hikmahnya yang tersendiri, ini untuk menunjukkkan sifat keadilan Allah s.w.t dan RasulNya s.a.w. di mana manusia diperintahkan supaya berlaku adil walaupun terhadap dirinya sendiri. Larangan mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian yang lain merupakan suatu perbuatan yang zalim kepada kepala kerana hal sedemikian menyebabkan sebahagian kepala akan ditutupi dan sebahagian yang lain terdedah tanpa rambut.

Manamakan anak
Islam mengalakkan umatnya memilih nama yang baik untuk dinamakan kepada anak-anak kita sebagai tanda pengenalan dan perbezaan antara orang Islam dan Orang yang bukan Islam. Nama yang baik juga sangat mustahak kerana panggilan yang sering dipanggil adalah doa yang dapat mempergaruhi keperibadian anak tersebut.


dari buku Panduan Menyambut Kelahiran Bayi
Oleh Ja’far Al- Mathari Bin Abdul Rahman

Monday, August 16, 2010

LomoTone

Hari ini aku belajar teknik 'lomo tone' dlm proses editing. Aku edit gambar kenduri perkawinan aku yang diambil oleh photographer Nasir zin dgn Hasnizam.

mencari hala tuju
selamat pulang

jgn nakal2..




Wednesday, August 11, 2010

AkuBdkBruBlajar

             Aku adalah seorang yang meminati bidang fotografi ini. Sekarang baru ada peluang untuk menceburinya.. Jadi banyak yang perlu aku kena belajar. Belajar...belajar...dan perlu belajar. Sapa2 yang dh pandai, marilah kita berkongsi ilmu..sila lah beri komen anda. ..

           Antara gambar2 yang telah diambil di GEOPARK Langkawi, Kedah bersama kelab kembara MRSM Langkawi..



Siput Lembu
Paya Bakau Gua Kelawar